Tuesday, June 23, 2009

CABARAN PENDAKWAH & TINDAKAN

9 CABARAN DAN HALANGAN YANG PERLU DIAMBIL PERHATIAN OLEH PENDAKWAH

1. Masyarakat majmuk yang perlu disantuni dengan bijaksana.

2. Sikap masyarakat (Islam dan bukan Islam) yang masih saling mencurigai antara satu sama lain.

3. Wujudnya dualisme dalam perundangan yang memerlukan penyelarasan.

4. Kurangnya kepakaran tentang bahasa, budaya dan agama bukan Islam dalam kalangan pendakwah Islam.

5. Kepakaran dan seni berdakwah kepada bukan Islam masih belum meluas.

6. Semangat kesukarelawanan dalam kalangan pendakwah Islam masih belum menandingi semangat pendakyah agama lain terutamanya Kristian.

7. Kurangnya pemantauan terhadap aspek kebajikan saudara baru.

8. Kurangnya keseragaman dalam tindakan antara badan-badan dakwah sehingga kekuatan masing masing tidak dapat digembleng dengan sepenuhnya.

9. Kegagalam memahami sepenuhnya golongan sasaran dakwah.

13 TINDAKAN YANG PERLU DIAMBIL OLEH BADAN DAKWAH IAITU:

1. Perkasa usaha dakwah bil hal. Setiap Muslim seharusnya jadi cermin dan contoh teladan terbaik untuk masyarakat sekelilingnya.

2. ‘Turun padang’ dan banyak bergaul dengan penganut agama lain.

3. Perkukuh undang undang Islam.

4. Tingkatkan penguasaan dalam pelbagai bahasa.

5. Kuasai teknologi maklumat (IT) untuk menyebarkan dakwah melalui blog, MMS dan portal.

6. Tonjolkan dengan lebih kerap kehebatan Islam melalui penemuan sains.

7.Tingkatkan pendekatan dakwah yang anjal, contohnya pendekatan dakwah melalui hiburan dan sukan.

8. Fahami budaya dan pegangan agama kaum lain sebagai usaha ke arah kerja dakwah yang lebih berkesan.

9. Perkasa masjid sebagai pusat komuniti awam.

10. Laksanakan program ziarah yang berterusan kepada golongan yang disasarkan.

11. Tingkatkan lagi peranan institusi zakat sebagai satu alat dakwah yang berkesan.

12. Tingkatkan kesatuan wadah usaha sama antara badan-badan dakwah serta kurangkan perselisihan.

13. Tingkatkan usaha-usaha Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) untuk terus mencari kaedah terbaik dalam usaha dakwah

24 JUN 09 BERSAMAAN 1 REJAB 1430H

FADILAT BULAN REJAB
Rasullullah s.a.w. bersabda;"Puasa 1 hari pada bulan Rejab seperti puasa 40 tahun dan diberi minum air dari syurga"

Rasullullah s.a.w. bersabda; "Puasa 1 hari pada bulan Rejab seperti mengerjakan ibadat seumurnya (sepanjang umurnya)."

Rasullullah s.a.w. bersabda; "Puasa 3 hari dalam bulan Rejab, dijadikan parit yang panjang yang menghalangkan dia ke Neraka (panjangnya setahun perjalanan)"

Rasullullah s.a.w. bersabda; "Sesiapa berpuasa 3 hari ada bulan Rejab dan beribadat pada malamnya (berjaga)seperti dia berpuasa 3,000 tahun,diampunkan baginya 70 dosa-dosa besar tiap-tiap hari, ditunaikan 70 hajat ketika keluar nyawanya daripada jasadnya,70 hajatnya di dalam kuburnya, 70 hajat ketika terbang suhuf (ketika Quran dinaikkan ke langit) 70 hajat ketika ditimbang amalannya di Mizan,70 hajat ketika berlalu di atas titi Sirotolmustaqim."

Rasullullah s.a.w. bersabda;"Puasa 4 hari dalam bulan Rejab akan diafiatkan dia daripada bala dan daripada penyakit yang besar-besar, dan daripada fitnah dajal pada hari Kiamat."

Rasullullah s.a.w. bersabda,"Puasa 5 hari pada bulan Rejab, aman daripada azab kubur."

Rasullullah s.a.w. bersabda; "Puasa 6 hari pada bulan Rejab, keluar dari kubur bercahaya mukanya."

Rasullullah s.a.w. bersabda; "Puasa 7 hari dalam bulan Rejab akan ditutup daripadanya 7 pintu Neraka."

Rasullullah s.a.w. bersabda; "Puasa 8 hari dalam bulan Rejab akan dibuka baginya 8 pintu Syurga."

Rasullullah s.a.w. bersabda; "Puasa 9 hari pada bulan Rejab keluar dari kuburnya lalu tidak ditolak dia dari masuk Syurga."

Rasullullah s.a.w. bersabda; "Puasa 10 hari pada bulan Rejab, dijadikan 2 sayap, terbang seperti kilat diatas titian Sirotolmustaqim pada hari Kiamat."

Rasullullah s.a.w. bersabda; "Puasa 10 hari pada bulan Rejab, Allah akan menjadikan baginya hamparan perhentian di titian Sirotolmustaqim pada tiap-tiap satu batu."

Rasullullah s.a.w. bersabda; "Puasa 15 hari pada bulan Rejab adalah sama seperti berpuasa 100,000 tahun."

Rasullullah s.a.w. bersabda; "Puasa 16 hari pada bulan Rejab akan dapat melihat wajah Allah di dalam syurga,dan akan menjadi orang yang pertama menziarahi Allah didalam Syurga."

Rasullullah s.a.w. bersabda;"Puasa 19 hari pada bulan Rejab akan dibina baginya sebuah mahligai di hadapan mahligai Nabi Ibrahim dan Nabi Adam."

Rasulullah s.a.w. bersabda; "Puasa 20 hari pada bulan Rejab, diampunkan segala dosanya yang telah lalu. Maka mulailah beramal barang yang tinggal daripda umurnya (pembaharuan umur)."

Rasullullah s.a.w. bersabda;"Puasa bulan Rejab, wajib baginya diampunkan dosanya yang lalu, dipeliharakan Allah umurnya yang tinggal dan terlepas dari dahaga pada hari Kiamat."

Rasullullah s.a.w. bersabda; "Puasa pada awal Rejab,pertengahan dan akhirnya seperti berpuasa sebulan pahalanya"

Rasullullah s.a.w. bersabda; "Orang yang lemah dari berpuasa pada bulan Rejab hendaklah bersedekah tiap-tiap hari sekurang-kurangnya sebuku roti"

Rasullullah s.a.w. bersabda; "Sesiapa melapangkan kekeruhan, kesusahan dan kepicikan orang Mukmin pada bulan Rejab dikurniakan Allah kepadanya mahligai yang besar di dalam syurga Firdaus"

Rasullullah s.a.w. bersabda, "Bulan Rejab Syahrullah (bulan Allah) diampunkan dosa orang yang meminta ampun dan bertaubat kepada Allah."

SESUNGGUH NYA KEJAYAAN KITA DUNIA DAN AKHIRAT BERGANTUNG SEJAUH MANA KITA DAPAT MENTAATI PERINTAH ALLAH S.W.T DAN MENGIKUT JEJAK LANGKAH YANG DITUNJUKI OLEH BAGINDA RASUL S.A.W. WASSALLAM.

Sunday, June 21, 2009

UCAPAN HARI BAPA

SELAMAT HARI BAPA

Terlebih dahulu anak ini ingin mengucapkan SELAMAT HARI BAPA kepada seluruh bapa di dunia dan khasnya bapa-bapa di Malaysia. Paling istimewa buat bapaku. Kaulah inspirasiku..

Ada orang panggil abah. Ada juga yang panggil ayah. Ala-ala mat saleh pun ada juga, ‘daddy’. Ala-ala tok arab pun ada, kita panggil ‘abi’. Anak-anak zaman sekarang pula panggil ‘bos’. Tapi aku panggil ‘baq’. Untuk ayah mertua aku panggil ‘ayah’. Anak aku yang baru lahir tu aku nak dia panggil ‘abi’.

Walauapa pun panggilan untuk bapa kita, walau bagaimana rupa parasnya, itulah daddy kita. Dialah yang membesarkan kita dari umur sehari sehingga umur kita sekarang ini. Ada bapa yang bekerja siang malam semata-mata untuk membawa balik rezeki untuk insan-insan tersayang. Jangan tidak tahu, seorang ayah sanggup berlapar, bersusah-payah asalkan anaknya dapat makan. Pernah sekali aku tengok seorang bapa yang hanya makan roti cicah air teh o sahaja time rehat kat opisnya. Dari situ terdetik dihati, kesiannya. Kita anak-anak dapat makan sedap-sedap. Tapi adakah kita tahu disebalik kenikmatan makanan yang kita makan itu.
Semasa aku didalam bas express menuju ke destinasi (terengganu), aku lihat seorang lelaki yang memacu kapcainya. Entahlah berapa kilometer dia memandu. Tetapi sepanjang jalan kulihat kanan kiri hanyalah kelapa sawit je yang ada. Kawasan highway. Dalam firasatku mungkin ia menuju ke tempat kerja kerana melihat pakaiannya seperti pakaian pejabat. Jiwaku tersentuh melihatnya. Hatiku berkata, seorang ayah sanggup membonceng motor yang ‘uzur’ semata-mata untuk mencari rezeki untuk anak isterinya. Tetapi adakah anak-anak sekarang sanggup memandu motor yang ‘uzur’ untuk ke sekolah? Kebanyakannya TIDAK.

Anak-anak yang tidak berhati perut akan meminta ibubapa mereka membeli motor yang baru. Sedangkan ibubapa nak beli kapcai uzur itu pun berpeluh sampai ke kaki. Alasannya senang hendak ke sekolah, tuesyen dan lain-lain. Jika tidak dituruti kehendaknya, tidak mahu ke sekolah, merajuk. Inilah sikap anak yang tidak tahu bersyukur. Negara lain dilanda kebuluran, peperangan, kesusahan namun negara kita aman damai, selamat dan sumber rezeki yang luas.

Sayangkan isteri tinggal-tinggalkan, sayangkan anak tangan-tangankan. Aku teringat ketika masih kecil, baq kerja jauh. Balik rumah tiap minggu saja. Kesusahan zaman dahulu dapat menjadikan seseorang itu berjimat cermat, tabah, tidak boros dan tidak meminta-minta kerana kita tahu kemampuan ibubapa kita. Bukan nak kata aku jimat, sometimes aku pun boros jugak.. kata orang tua anak yang baik tidak akan menyusahkan orang tuanya.

Jadikan segala kebaikan bapa kita sebagai ikutan. Yang baik diikuti yang buruk dijauhi. Bukan nak kata seorang bapa tidak ada sifat buruk, contohnya seorang ayah yang hisap rokok depan anak-anaknya juga adalah sifat buruk. Nanti jadi ikutan anak-anak si ayah tadi juga yang mengamuk. Padahal awk tu yang duk sedut tunjuk rokok depan mereka. Jadi, jangan salahkan mereka. Apa yang baik pada daddy kita? Itu terpulang pada daddy masing-masing.

Seorang ‘baq’ tidak akan membiarkan anak-anaknya susah. Dia pasti akan menolong selagi terdaya seperti kewangan, tenaga, fikiran dan sebagainya. Sayangnya ‘baq’ pada anak sehingga sanggup mati. Ada kes dimana seorang ayah mahu menyelamatkan anaknya yang lemas, akhirnya si ayah pula yang mati lemas. Matinya adalah mati jihad. Cuba anak-anak selidiki, adakah kita sanggup bergadai nyawa demi ayah ibu kita. Adakah kita sanggup menggantikan tempat maut ayah ibu kita dengan nyawa kita? Jika YA, maka bertuahlah ayah ibu anda.

Apabila kita berjaya ke menara gading, siapakah yang membiayai pengajian sebelum kita dapat pinjaman? Dah dapat pun masih belum cukup. Taip-tiap bulan call dad mintak duit. Tapi pujian kepada yang kerja partime buat duit tambahan. Si ayah tadi bergadai tanah, si emak pula bergadai emas perak demi pengajian anak-anak. Terima kasih kepada ‘baq’ ku kerana telah menyediakan simpanan yang tak seberapa untuk aku gunakan dengan sebaik-baiknya.

Abah seorang hero pada anak-anaknya. Tunjukkanlah sifat hero anda itu agar ia menjadi ikutan dan teladan. Biarlah anak-anak anda mengatakan ‘abah aku adalah hero dan role model bagi aku’. Itulah kebanggan bagi si ayah. Jangan punahkan kebanggaan anak terhadap diri anda. Semoga anak akan menjadi lebih baik dari anda. Itulah pula kebanggan ayah ibu terhadap anaknya.

Saturday, June 20, 2009

Sampaikanlah Kepada Wanita

1. SEORANG wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali.

2. SEORANG wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 lelaki soleh.

3. SEORANG wanita yang jahat adalah lebih buruk daripada 1000 lelaki yang jahat.

4. DUA rakaat solat wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil. (so, hamillah cepat2).

5. WANITA yang memberi susu badan kepada anaknya akan mendapat pahala dari setiap titik susu itu.

6. WANITA yang melayan suaminya dengan baik akan mendapat pahala seperti berjihad.

7. WANITA yang berjaga malam kerana menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.

8. ISTERI dan suami yang saling berkasih sayang akan mendapat rahmat dan kasih sayang dari Allah.

9. WANITA yang menjaga solat, puasa dan taat kepada suami, maka Allah akan mengizinkannya memasuki mana-mana pintu syurga yang disukainya.

10. WANITA yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa. dan setiap satu kesakitan padanya Allah akan mengurniakan satu pahala haji.

SABDA Nabi :"doa wanita lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayangnya lebih kuat dari lelaki. ketika ditanya kepada Rasulullah akan hal tersebut, jawab baginda "ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia".

Wednesday, June 17, 2009

5 Mutiara Kata Hari Ini

1. JANGAN kita fikir cara penyelesaian yang mudah kerana ia akan menggugat kita. Kita mesti cari cara yang lebih baik yang dapat memberi kita pengetahuan dan pengalaman. { Tun Dr. Mahathir , semasa krisis ekonomi 97 }

2. SAYANGILAH sebuah pertemuan kerna dari situ wujudnya kasih sayang, sayangilah sebuah perpisahan kerna dari situ wujudnya kerinduan.

3. CINTA itu mandamaikan dan mempunyai kekuatan yang tersendiri hanya bagi mereka yang tahu dan pandai menghargai.

4. JIKA kamu mencari keredhaan manusia, kamu akan takut kepada manusia. Tetapi jika kamu mencari keredhaan Allah manusia akan takut kepada kamu.

5. HATI jika dibiarkan maka gelap dan berkaratlah ia.

Tuesday, June 2, 2009

5 Mutiara Kata Hari Ini

41. SETIAP sesuatu itu ada hikmahnya adib. Jika Allah sayangkanmu maka Dia akan lebihkan dugaan untuk meletakkan engkau pada satu darjat yang mulia.

42. JANGAN hendak menyalahkan takdir semata-mata kerna takdir itu hak Allah manakala usaha itu milik manusia.

43. SESIAPA yang benci untuk bertemu dengan Allah maka Allah benci untuk bertemu dengannya. Ingatlah kebencian Allah lebih besar darinya.
( Asyri Al-Yahya )

44. PEOPLE will forget what you said, people will what you did, but people will never forget how u made them feel.

45. TUNJANGKAN resahmu ke dada solat, himpunkan keperitanmu digenggaman doa, tetapkan kekecewaan dengan taqwa, nilaikan kesucian hati melalui cermin keikhlasan.