Monday, August 10, 2009

22 OGOS / 1 RAMADHAN

Alhamdulillah segala puji hanyalah untuk Allah. Tuhan yang Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu. Yang menjaga dan mentadbir alam sejagat dan seluruh isinya dengan kebijaksanaanNya, kekuasaanNya, keilmuanNya. Selawat dan salam keatas junjungan besar Muhammad s.a.w serta kaum kerabat dan sahabat baginda.

Firman Allah yang bermaksud : "tidak Aku ciptakan kamu manusia dan jin melainkan untuk beribadat kepada Ku".

RAMADHAN AL-MUBARAK sedikit masa lagi akan tiba. adakah kita ingat bila? 22 Ogos 2009. bagaimanakah persediaan kita untuk menghadapinya? adakah perlu kita menyambut awal Ramadhan dengan pelita-pelita menyinari halaman rumah? persoalan, dari sudut agama apakah hukumnya kita menyambut Ramadhan dengan pelita-pelita itu? budaya mana tu?

Atau perlukah kita menyambut Ramadhan dengan banyak membazir dengan membeli berbagai-bagai juadah berbuka puasa? Al-maklumlah seharian berpuasa, lapar wei..
Jangan buat tak tahu, masuk saja Ramadhan ada yang sudah menyibuk nak buat persediaan untuk raya. dah mula penin fikir pasal raya. fuh.. mengalahkan kanak-kanak.

Ada juga yang buat-buat tak tersengaja makan. maklumlah tak ingat hari ini umat Islam berpuasa. Esok pun tak tersengaja makan jugak. APE KE HE NYE.. Kepada pegawai agama bolehlah membuat rondaan disekitar kebun-kebun getah, ladang sawit, dalam semak, kedai-kedai bukan Islam dan kawasan yang telah di 'blacklist'. maklumat dari orang awam juga dialu-alukan.

Kalau beginilah sikap kita, kalau begitulah kita menyambut awal Ramadhan, maka sedikit GAGAL lah kita dalam pembentukan rohani. Sepatutnya kita perlu bersedia untuk menambahkan dan menggandakan ibadat dalam bulan Ramadhan. Bukan bersedia dari sudut lain.

Allah telah memberikan kita percubaan atau melatih diri untuk mula menggandakan ibadat dalam bulan Rejab dan Syaaban lagi. Dalam dua bulan ini kita disunatkan berpuasa, bersedekah, berqiamullai dan lain-lain. Namun adakah kita menggunakan dua bulan itu dengan sebaiknya?

Jika YA, maka pasti kita dapat menggandakan amalan dalam bulan Ramadhan. Jika TIDAK, agak sukar bagi kita yang lemah iman. Jadi mulai saat ini, segerakanlah kita berusaha tingkatkan amalan dalam bulan Ramadhan khususnya 10 terakhir Ramadhan. Pastinya kita akan berjumpa dengan ' satu malam istimewa itu'.

Namun jangan kita hanya mengejar 10 malam terakhir sahaja. Sedangkan 20 malam sebelum itu kita tidak beribadat pun. Tidak ikhlas itu namanya. Tunjukkan keikhlasan kita kepada Allah pasti Allah akan tunjukkan rahmatNya kepada kita. InsyaAllah..