SELAMAT HARI BAPA
Terlebih dahulu anak ini ingin mengucapkan SELAMAT HARI BAPA kepada seluruh bapa di dunia dan khasnya bapa-bapa di Malaysia. Paling istimewa buat bapaku. Kaulah inspirasiku..
Ada orang panggil abah. Ada juga yang panggil ayah. Ala-ala mat saleh pun ada juga, ‘daddy’. Ala-ala tok arab pun ada, kita panggil ‘abi’. Anak-anak zaman sekarang pula panggil ‘bos’. Tapi aku panggil ‘baq’. Untuk ayah mertua aku panggil ‘ayah’. Anak aku yang baru lahir tu aku nak dia panggil ‘abi’.
Walauapa pun panggilan untuk bapa kita, walau bagaimana rupa parasnya, itulah daddy kita. Dialah yang membesarkan kita dari umur sehari sehingga umur kita sekarang ini. Ada bapa yang bekerja siang malam semata-mata untuk membawa balik rezeki untuk insan-insan tersayang. Jangan tidak tahu, seorang ayah sanggup berlapar, bersusah-payah asalkan anaknya dapat makan. Pernah sekali aku tengok seorang bapa yang hanya makan roti cicah air teh o sahaja time rehat kat opisnya. Dari situ terdetik dihati, kesiannya. Kita anak-anak dapat makan sedap-sedap. Tapi adakah kita tahu disebalik kenikmatan makanan yang kita makan itu.
Semasa aku didalam bas express menuju ke destinasi (terengganu), aku lihat seorang lelaki yang memacu kapcainya. Entahlah berapa kilometer dia memandu. Tetapi sepanjang jalan kulihat kanan kiri hanyalah kelapa sawit je yang ada. Kawasan highway. Dalam firasatku mungkin ia menuju ke tempat kerja kerana melihat pakaiannya seperti pakaian pejabat. Jiwaku tersentuh melihatnya. Hatiku berkata, seorang ayah sanggup membonceng motor yang ‘uzur’ semata-mata untuk mencari rezeki untuk anak isterinya. Tetapi adakah anak-anak sekarang sanggup memandu motor yang ‘uzur’ untuk ke sekolah? Kebanyakannya TIDAK.
Anak-anak yang tidak berhati perut akan meminta ibubapa mereka membeli motor yang baru. Sedangkan ibubapa nak beli kapcai uzur itu pun berpeluh sampai ke kaki. Alasannya senang hendak ke sekolah, tuesyen dan lain-lain. Jika tidak dituruti kehendaknya, tidak mahu ke sekolah, merajuk. Inilah sikap anak yang tidak tahu bersyukur. Negara lain dilanda kebuluran, peperangan, kesusahan namun negara kita aman damai, selamat dan sumber rezeki yang luas.
Sayangkan isteri tinggal-tinggalkan, sayangkan anak tangan-tangankan. Aku teringat ketika masih kecil, baq kerja jauh. Balik rumah tiap minggu saja. Kesusahan zaman dahulu dapat menjadikan seseorang itu berjimat cermat, tabah, tidak boros dan tidak meminta-minta kerana kita tahu kemampuan ibubapa kita. Bukan nak kata aku jimat, sometimes aku pun boros jugak.. kata orang tua anak yang baik tidak akan menyusahkan orang tuanya.
Jadikan segala kebaikan bapa kita sebagai ikutan. Yang baik diikuti yang buruk dijauhi. Bukan nak kata seorang bapa tidak ada sifat buruk, contohnya seorang ayah yang hisap rokok depan anak-anaknya juga adalah sifat buruk. Nanti jadi ikutan anak-anak si ayah tadi juga yang mengamuk. Padahal awk tu yang duk sedut tunjuk rokok depan mereka. Jadi, jangan salahkan mereka. Apa yang baik pada daddy kita? Itu terpulang pada daddy masing-masing.
Seorang ‘baq’ tidak akan membiarkan anak-anaknya susah. Dia pasti akan menolong selagi terdaya seperti kewangan, tenaga, fikiran dan sebagainya. Sayangnya ‘baq’ pada anak sehingga sanggup mati. Ada kes dimana seorang ayah mahu menyelamatkan anaknya yang lemas, akhirnya si ayah pula yang mati lemas. Matinya adalah mati jihad. Cuba anak-anak selidiki, adakah kita sanggup bergadai nyawa demi ayah ibu kita. Adakah kita sanggup menggantikan tempat maut ayah ibu kita dengan nyawa kita? Jika YA, maka bertuahlah ayah ibu anda.
Apabila kita berjaya ke menara gading, siapakah yang membiayai pengajian sebelum kita dapat pinjaman? Dah dapat pun masih belum cukup. Taip-tiap bulan call dad mintak duit. Tapi pujian kepada yang kerja partime buat duit tambahan. Si ayah tadi bergadai tanah, si emak pula bergadai emas perak demi pengajian anak-anak. Terima kasih kepada ‘baq’ ku kerana telah menyediakan simpanan yang tak seberapa untuk aku gunakan dengan sebaik-baiknya.
Abah seorang hero pada anak-anaknya. Tunjukkanlah sifat hero anda itu agar ia menjadi ikutan dan teladan. Biarlah anak-anak anda mengatakan ‘abah aku adalah hero dan role model bagi aku’. Itulah kebanggan bagi si ayah. Jangan punahkan kebanggaan anak terhadap diri anda. Semoga anak akan menjadi lebih baik dari anda. Itulah pula kebanggan ayah ibu terhadap anaknya.