Friday, March 18, 2011

gambar2 menarik

kursus pengucapan awam di ILIM Besut


kursus pengucapan awam di ILIM Besut. 28/2-2/3






kursus induksi umum siri pertama 2011 di ILIM Bangi.. 15/2-25/2












nila IPD BERA yg baru siap... cantik betol.. tp bila nak duk xtau bila.












10 jenis solat yg ditolak Allah

Assalamualaikum w.b.t..salam pembuka bicara BAKA.. selawat keatas junjungan Nabi Muhammad s.a.w. & salam 1Malaysia.. semoga kita semua berterus-terusan dalam rahmat Allah..

pagi tadi dalam meeting mingguan IPD Bera, kawan telah menyampaikan tazkirah yg bertajuk 10 jenis solat yang ditolak Allah.. apakah ia??

1. orang lelaki yg solat sendirian tanpa membaca sesuatu.

2. orang lelaki yang mengerjakan solat tapi tidak mengeluarkan zakat.

3.orang lelaki yg menjadi iman padahal makmum membecinya.

4. orang lelaki yang melarikan diri (dari jihad)

5. orang lelaki yg minum arak dan tidak mahu bertaubah (berubah).

6. isteri yang dalam kemurkaan suaminya.

7. wanita yang mengerjakan solat tanpa memakai tudung.

8. imam/pemimpin yg zalim, sombong, jahat.

9. orang yg suka makan riba.

10. orang yg mengerjakan solat, tetapi solat itu tidak dapat mencegahnya daripada melakukan maksiat/perbuatan mungkar.

semoga dengan apa yang BAKA BERA kongsikan ini memberikan sedikit ilmu kpd semua. amin..

Thursday, February 17, 2011

salam dari BAKA

salam kepada semua pembaca.. selawat keatas junjungan kita Nabi Muhammad, sanak saudara dan sahabat2 baginda. lama benar tak mencoret pape kat blog BAKA IPD BERA ni..
aktiviti terbaru BAKA IPD BERA apa ek?

sekarang kami tengah usahakan dana utk tabung baka... dengan dana tersebut bolehlah jalankan aktiviti2 keagamaan.. tahun lepas BAKA IPD BERA dah jemput penceramah bebas ustaz rujhan.. alaa yang selalu kuar tv9 tu..dalam tanyalah ustaz. penuh surau. syabas diucapkan kepada semua warga IPD BERA..

selain itu, timbalan qadhi temerloh juga dah pernah bagi ceramah kat sini.. terima kasih kami ucapkan. tidak dilupakan juga, ustaz anuar (johan qari tilawah peringkat kebangsaan) juga pernah hadir untuk memberikan ceramah dan mengimamkan solat isyak. memang best suara dia..

sekarang 2 orang ustaz BAKA IPD BERA sedang berkursus di ILIM sampai 25hb Februari. tinggallah 2 orang lagi.. KCA dan ustaz afirol.. okey semua.. jumpa lagi.
selamat beramal...

Saturday, March 20, 2010

SETELAH SEKIAN LAMA



Setelah sekian lama sekarang baru tergerak hati untuk mencoret kembali di laman blog BAKA ini...untuk berkongsi sedikit sebanyak ilmu yang di pelajari..sesungguhnya ilmu tu akan sentiasaberkembang dan berkembang dari masa ke semasa dan ia merupakan suatu proses pembelajaran sepanjang hayat..









Tuesday, September 8, 2009

RINGKASAN PERISTIWA

PROGRAM COMUNITI POLICING Peringkat Felda Bandar 32 Jengka. 20/8/2009

Program Comuniti Policing Peringkat Felda Bandar 32 Jengka. Di jemput membacakan doa majlis supaya program berjalan dengan lancar.

Bersama teman karib masa belajar, Hanizlan yang kini bertugas di Felda Jengka.Pertemuan yang tidak di sangka2.

MAJLIS PERPISAHAN 2 STAFF IPD BERA 14/8/2009


Potong kek perpisahan



3 Ustaz BAKA yang di tempatkan di IPD BERA

Ustaz Afirol sedang busy ber SMS

Majlis perpisahan yang diadakan secar sederhana



Bergambar bersama2 semua staff

2 staff IPD BERA yang akan bertukar ke tempat baru

Monday, August 24, 2009

ERTI KEMERDEKAAN


Salam sejahtera buat semua. semoga kita semua sentiasa dalam perhatian Allah, sedangkan Allah tidak pernah alpa memerhatikan kita kerana Dialah Allah yang Maha Melihat. saya menasihati diri sendiri dan sahabat semua.

tanggal 31 Ogos setiap tahun seluruh rakyat Malaysia akan menyambut hari kemardekaan. baik yang muda, tua, kanak-kanak, pemimpin, pekerja bawahan dan sebagainya. sambutan adalah sangat meriah dihiasi dengan warna warni bunga api, sorokan penonton, laungan mardeka, tidak lupa juga konsert nyayian dan lain-lain.

namun, kita sering lupa dan kadang-kadang buat-buat lupa tentang program di masjid apabila tiba hari kemardekaan. apa programnya? solat hajat, ceramah dan lain-lain. jika kita buat perbandingan, agaknya tang mana yang lebih ramai orang datang? stadiumkah? atau masjidkah? sendiri mau tau..

pihak yang tidak ramai orang(masjid) memohon perlindungan yang berkekalan, rahmat yang berterusan dari Allah dengan melakukan solat sunat beramai-ramai untuk umat Islam dan rakyat Malaysia seluruhnya. TAPI pihak yang sebelah sini asyik dengan bersorak, melompat, berkepit sana sini dengan bukan muhrim sehingga banyaknya kes zina. jadi yang mana lebih MARDEKA?

Islam tidak melarang umatnya meraikan sesuatu hari kebesaran negara, malah ini adalah suatu langkah yang baik kerana ia dapat menyemaikan semangat cintakan negara. namun, janganlah kita asyik dengan hiburan dunia ataupun hari kebesaran negara sehingga leka kepada suruhan agama seperti solat dan wajiblah kita menjaga batas-batas pergaulan antara lelaki dengan perempuan.

Allah telah berfirman yang bermaksud "katakanlah kepada lelaki yang beriman, agar mereka menjaga pandangan mereka dan menjaga kemaluan mereka. yang demikian itu lebih suci dari mereka. sesungguhnya Allah Maha mengetahui apa yang mereka kerjakan". (an-nur:30)

kemuadian Allah berfirman lagi "dan katakanlah kepada perempuan yang beriman, hendaklah mereka merendahkan pandangan dan menjaga kehormatannya, dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan kecuali yang biasa nampak daripadanya.....(hingga akhir)". (an-nur:31)

ayat diatas jelas menunjukkan bahawa lelaki dan wanita beragama Islam wajib menjaga maruah dirinya dengan bersungguh-sungguh. bagaimana caranya? dengan pendidikan agama, menjauhi tempat maksiat, menerapkan jati diri yang tinggi, berakhlak mulia dan ibu bapa memainkan peranan yang penting juga.

pada pandangan saya, erti kemardekaan terdapat di dalam diri individu itu sendiri. yakni sejauh manakah dia dapat memahami erti sebenar kemardekaan. adakah hanya setakat negara bebas dari penjajah atau lebih dari itu.

Tuesday, August 11, 2009

KURSUS ASAS PERKHIDMATAN HAL EHWAL ISLAM 15-24 JULAI 2009

Kawasan sekitar tempat Kursus..di Jelebu Negeri 9.


Di dalam bilik asrama kursus







Para peserta kursus