Monday, August 24, 2009

ERTI KEMERDEKAAN


Salam sejahtera buat semua. semoga kita semua sentiasa dalam perhatian Allah, sedangkan Allah tidak pernah alpa memerhatikan kita kerana Dialah Allah yang Maha Melihat. saya menasihati diri sendiri dan sahabat semua.

tanggal 31 Ogos setiap tahun seluruh rakyat Malaysia akan menyambut hari kemardekaan. baik yang muda, tua, kanak-kanak, pemimpin, pekerja bawahan dan sebagainya. sambutan adalah sangat meriah dihiasi dengan warna warni bunga api, sorokan penonton, laungan mardeka, tidak lupa juga konsert nyayian dan lain-lain.

namun, kita sering lupa dan kadang-kadang buat-buat lupa tentang program di masjid apabila tiba hari kemardekaan. apa programnya? solat hajat, ceramah dan lain-lain. jika kita buat perbandingan, agaknya tang mana yang lebih ramai orang datang? stadiumkah? atau masjidkah? sendiri mau tau..

pihak yang tidak ramai orang(masjid) memohon perlindungan yang berkekalan, rahmat yang berterusan dari Allah dengan melakukan solat sunat beramai-ramai untuk umat Islam dan rakyat Malaysia seluruhnya. TAPI pihak yang sebelah sini asyik dengan bersorak, melompat, berkepit sana sini dengan bukan muhrim sehingga banyaknya kes zina. jadi yang mana lebih MARDEKA?

Islam tidak melarang umatnya meraikan sesuatu hari kebesaran negara, malah ini adalah suatu langkah yang baik kerana ia dapat menyemaikan semangat cintakan negara. namun, janganlah kita asyik dengan hiburan dunia ataupun hari kebesaran negara sehingga leka kepada suruhan agama seperti solat dan wajiblah kita menjaga batas-batas pergaulan antara lelaki dengan perempuan.

Allah telah berfirman yang bermaksud "katakanlah kepada lelaki yang beriman, agar mereka menjaga pandangan mereka dan menjaga kemaluan mereka. yang demikian itu lebih suci dari mereka. sesungguhnya Allah Maha mengetahui apa yang mereka kerjakan". (an-nur:30)

kemuadian Allah berfirman lagi "dan katakanlah kepada perempuan yang beriman, hendaklah mereka merendahkan pandangan dan menjaga kehormatannya, dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan kecuali yang biasa nampak daripadanya.....(hingga akhir)". (an-nur:31)

ayat diatas jelas menunjukkan bahawa lelaki dan wanita beragama Islam wajib menjaga maruah dirinya dengan bersungguh-sungguh. bagaimana caranya? dengan pendidikan agama, menjauhi tempat maksiat, menerapkan jati diri yang tinggi, berakhlak mulia dan ibu bapa memainkan peranan yang penting juga.

pada pandangan saya, erti kemardekaan terdapat di dalam diri individu itu sendiri. yakni sejauh manakah dia dapat memahami erti sebenar kemardekaan. adakah hanya setakat negara bebas dari penjajah atau lebih dari itu.

No comments:

Post a Comment