Wednesday, June 17, 2009

5 Mutiara Kata Hari Ini

1. JANGAN kita fikir cara penyelesaian yang mudah kerana ia akan menggugat kita. Kita mesti cari cara yang lebih baik yang dapat memberi kita pengetahuan dan pengalaman. { Tun Dr. Mahathir , semasa krisis ekonomi 97 }

2. SAYANGILAH sebuah pertemuan kerna dari situ wujudnya kasih sayang, sayangilah sebuah perpisahan kerna dari situ wujudnya kerinduan.

3. CINTA itu mandamaikan dan mempunyai kekuatan yang tersendiri hanya bagi mereka yang tahu dan pandai menghargai.

4. JIKA kamu mencari keredhaan manusia, kamu akan takut kepada manusia. Tetapi jika kamu mencari keredhaan Allah manusia akan takut kepada kamu.

5. HATI jika dibiarkan maka gelap dan berkaratlah ia.

Tuesday, June 2, 2009

5 Mutiara Kata Hari Ini

41. SETIAP sesuatu itu ada hikmahnya adib. Jika Allah sayangkanmu maka Dia akan lebihkan dugaan untuk meletakkan engkau pada satu darjat yang mulia.

42. JANGAN hendak menyalahkan takdir semata-mata kerna takdir itu hak Allah manakala usaha itu milik manusia.

43. SESIAPA yang benci untuk bertemu dengan Allah maka Allah benci untuk bertemu dengannya. Ingatlah kebencian Allah lebih besar darinya.
( Asyri Al-Yahya )

44. PEOPLE will forget what you said, people will what you did, but people will never forget how u made them feel.

45. TUNJANGKAN resahmu ke dada solat, himpunkan keperitanmu digenggaman doa, tetapkan kekecewaan dengan taqwa, nilaikan kesucian hati melalui cermin keikhlasan.

Thursday, May 28, 2009

5 Mutiara Kata Hari Ini

36. KEWAJIPAN yang hendak dilaksanakan lebih banyak dari masa yang ada.
{ Dr. Basri Ibrahim }

37. IMAN seseorang hamba tidak akan istiqamah setelah istiqamah hatinya. Hati seseorang itu tidak akan istiqamah setelah istiqamah lidahnya. { Imam Ahmad }

38. ILMU adalah agama, kerna itu seseorang itu perlu berhati-hati dari siapa dia menuntut ilmu. { Imam Malik }

39. PERDALAMKANLAH ilmu pengetahuan terlebih dahulu sebelum anda menjadi pemimpin. { Imam Syafie }

40. HILANGKANLAH keluh kesah, resah gelisah dirimu yang malang itu dengan kembali kepada Allah. Dan jangan tangisi orang yang meninggalkanmu kerna sesungguhnya Allah itu maha dekat denganmu.

Saturday, May 23, 2009

5 Mutiara Kata Hari Ini

31. Jika kamu datang kapada Allah dengan sejengkal maka Allah akan datang kepada kamu dengan sehasta. Jika kamu datang kepada Allah dengan berjalan maka Allah akan datang kepada maka dengan berlari. { Prof Dr. Hamka }

32. Jika
mahu bercinta jangan berumahtangga. Tetapi jika mahu berumahtangga teruslah bercinta. { Dr. Fadhilah Kamsah }

33. Dua jenis manusia yang tidak pernah kenyang iaitu penuntut ilmu dan pencari dunia. { Ibnu Abbas }

34. Yang penting dalam menuntut ilmu itu ialah seseorang itu dapat menimbang pemikiran, perasaan, adapt tradisi, amalan, perkataan dan seluruh aktiviti yang dilakukannya mengikut Islam.

35. Ilmu itu ada 2 bahagian. Satu pada lidah satu pada hati. Ilmu yang berada pada lidah adalah menjadi hujah keatas orang yang memilikinya. Manakala ilmu pada hati adalah ilmu yang sebenar. { Hasan Al- Basri }

Friday, May 22, 2009

HARI IBU

HARI IBU

Pada Hari Ibu, satu program telah diadakan sebagai penghargaan kepada ibu-ibu di seluruh dunia. Seorang anak yang telah berjaya dalam hidup telah berdiri di atas pentas untuk meluahkan perasaannya.. lalu beliau memulakan ucapannya dengan nada sayu penuh penyesalan. Tiba-tiba air matanya mengalir...

“Salam bahagia bagi mereka yang masih mempunyai ibu. Berbuat baiklah kepadanya sedaya mampu kamu. Dan berbahagialah ibu-ibu yang telah pergi meninggalkan anak-anaknya, kami mendoakan semoga ibu beroleh kesejahteraan yang abadi. Hanya itu yang mampu kami laksanakan sebagai tanda kasih sayang kami pada ibu.

Dahulu kami gagal melaksanakan tanggungjawab kami pada ibu. Apabila bercakap kami bohong pada ibu. Kami sentiasa menyusahkan ibu. Kami selalu menyakiti hati dan mengherdik ibu. Kami buat ibu menangis. Maafkan kami ibu.. Maafkan kami.. Kami sedar walaupun sudah terlambat, namun kami pohon jua agar ibu maafkan segala kesalahan kami. Kami sangat berdosa pada ibu.

Baru kami sedar, sejak ibu tiada kami hilang kasih sayang. Kasih sayang adik beradik tak sama dengan kasih sayang ibu. Ibu akan susah hati apabila kami ditimpa masalah. Tetapi adik beradik belum tentu seperti ibu. Kami masih ingat, di saat kami sakit demam ibulah yang bersusah payah menjaga kami tanpa mengharap balasan sedikit pun.

Tapi kami jahat ibu.. walaupun ibu melayan dan menjaga kami dengan terbaik namun kami pula yang selalu merungut bila ibu sakit. Ibu sakit kami abaikan. Ibu perlukan rawatan kami hanya buat tak endah. Ibu mahukan itu ini kami buat tak tahu dan tidak ambil kisah padahal kami mampu. Kami lupa, dahulu apabila kami mahukan baju sekolah baru ibu belikan. Kami mahu kasut baru ibu belikan. Kami mahu buku-buku ibu belikan. Kami mahu masuk universiti ibu sanggup bergadai tanah dan emas. Jasamu ibu kami tak mampu balas. kami menangis apabila mengenangkanmu ibu. Kami rindukan gelak tawamu, kami rindukan wajah ibu.

Kami menyesal, kami menangis, kami cemburu melihat ibu-ibu orang lain yang gembira. Jika masa boleh diundur nescaya akan kami lakukan walau berjuta ringgit diperlukan asalkan kami dapat berjumpa ibu. Kami sedar, walaupun kami sudah bergelar ibu/ayah, dan ibu bergelar nenek namun ibu tetap ibu yang kami kasihi dan takkan ada manusia lain yang dapat menggantikan tempat ibu. Kerana kami hanya keluar dari perut seorang ibu sahaja tidak dua atau tiga. Kami takkan ulangi kesilapan sama kami. Kami akan didik cucu-cucu ibu dengan ajaran-ajaran yang baik agar kisah kami tidak akan berulang kepada kami. Cukuplah sekadar kami yang lakukan kesilapan itu. Tidak kepada anak-anak kami.

Kepada anda yang masih mempunyai ibu, hargailah dia, sayangilah dia, hormatilah dia, berbaktilah kamu kepadanya selagi kamu hidup dan bukannya selagi dia hidup. Ini kerana, setelah ibumu telah tiada maka jadikanlah ibu-ibu di dunia ini ibumu. Maka dengan itu kamu akan berbakti kepada mereka selagi kamu hidup. Itulah maksudku. Wahai anak-anak yang mendengar ucapanku janganlah kamu mengulangi kesilapanku itu. Nescaya kamu akan menyesal seumur hidupmu. Wahai ibu-ibu yang mendengar ucapanku, maafkanlah anak-anakmu.”

Demikianlah ucapan seorang anak yang telah berjaya dalam hidupnya. Namun kejayaannya hanyalah secebis dari kejayaan ibunya yang telah berjaya menjadikan dia berjaya dalam hidup.