Wednesday, May 13, 2009

KURSUS DISIPLIN & KETAHANAN DIRI PEGAWAI AGAMA SIRI 3/09

SEBELUM MASUK KE DEWAN

SEBELUM AKTIVITI DEWAN BERMULA
MENUNGGU ACARA BERMULA

AKTIVITI MAKAN BERADAB

#1: Best menembak rupanya
#2: Latihan menembak oleh peserta

#4: Posing ngn M 16.Bila lagiiii????
#6: REVOLVER

KURSUS DISIPLIN & KETAHANAN DIRI PEGAWAI AGAMA SIRI 3/2009

  • TARIKH: 2.MEI.2009 - 8.MEI.2009
  • BERSAMAAN 07-13 J.AWAL 1430 HIJRAH.
  • TEMPAT: MAKTAB POLIS DIRAJA MALAYSIA KUALA KUBU BHARU
  • ANJURAN:BAHAGIAN AGAMA & KAUNSELING(BAKA)BUKIT AMAN

OBJEKTIF KURSUS

  1. Memberi Pendedahan Mengenai Tugas-tugas kepolisan
  2. Membudayakan Pegawai awam dalam amalan bertugas dalam PDRM
  3. Membentuk ketahanan Fizikal & Mental
  4. Memberi Latihan kawad kepada peserta
  5. Memberi pendedahan penggunaan senjataapi

JADUAL AKTIVITI(RINGKASAN)

2/5/2009 : Lapor diri

: Orientasi kawasan

: Taklimat kursus/Dewan (C/INSP Nizam Adha & DSP Mohd Fadzil)

3/5/2009 : Kawad

: Peranan Kader JAKIM dlm PDRM (Ustz.Rosli Daud: BAKA Bkt Aman)

: Organisasi & Fungsi PDRM

: Pembinaan Sahsiah Peg.Agama (Ustz.Mohd Zaki: BAKA PULAPOL)

: Sukan/senam robik

: Akta Polis (ASP Zulkeply)


4/5/2009 : PT pagi

: Kedah Penulisan & Menghantar Utusan Polis

: Etika disiplin dalam PDRM (DSP Kamarulzaman:Tatatertib Bkt Aman)

: Peranan & Tugas JSJK & cabaran (ASP Zulkifli)

: Latihan Senjata

: Kuasa-kuasa PDRM (DSP Zulkeply :Maktab KKB)


5/5/2009 : Kawad

: Kepintaran emosi dlm mengharungi budaya PDRM (SUPT Hashim: Bkt Aman

: Peranan/Tugas JSJ & Cabaranya (ASP Elangowen)

: Sukan/senamrobik

: Misi & Visi PDRM (SUPT Tio Kian Peng)


6/5/2009 : Kuliah subuh - PT pg

: Keselamatanm Dokumen/Pejabat (Asp. Mohamad Shaharul)

: Tatacara Pengurusan Fail/Rekod (Pn.Che Yam)

: Peranan cawangan trafik & cabarannya ( ASP Zulkifli)

: Latihan Senjata

: Pengurusan Majlis/Makan Mesra


7/5/2009 : Kawad

: BAKA harapan & cabaran (DSP Hj.Abu Bakar)

: Prosedur kewangan & perolehan PDRM (DSP Johar)

: Latihan Tembak

: Aktiviti surau/penilaian kursus


8/5/2009 : PT pg

: Rehearsal penutup kursus

: Raptai penutup

: Majlis penutupan

: Ketibaan Y.Bhg.Tuan Azizan (Ketua Pen.Pengarah BAKA Bkt Aman)


Monday, May 11, 2009

AMANAH DAN IMAN

AMANAH DAN IMAN

Sebagai anggota PDRM kita perlulah sentiasa menghormati amanah yang diberikan kepada kita!!!



Tidak menjaga amanah yang diberikan juga dianggap sebagai pecah amanah @ tidak bertanggungjawab terhadap tugas yg diberikan!!!!!!!!!!



Perlukah kita memikul amanah & tanggungjawab sebegini rupa???????

* Amanah adalah salah satu dari tuntutan iman. Dan khianat pula adalah salah satu dari ciri-ciri kekafiran. Rasulullah telah bersabda :


”tiada iman pada orang yang tidak menunaikan amanah dan tiada agama pada orang yang tidak menunaikan janji”.

Hadis riwayat Ibn Hibban.

* Barangsiapa yang kehilangan sifat amanah, maka dia akan menjadi orang yang mudah berdusta dan khianat pada agama, bangsa dan negara. Dan sesiapa yang memiliki sifat-sifat seperti ini maka dia tergolong dalam golongan munafiq. Ini kerana ciri-ciri orang munafiq ialah berdusta, tidak menunaikan janji dan khianat.

* Jika kita kaitkan amanah dalam kerja pula, kita mestilah menjalankan semua tugas yang diberikan dengan ihklas, jujur, bertanggungjawab dan bersungguh-sungguh. Maka kita akan dapati hasilnya lebih baik dari sebelumnya. Namun, jika kita melakukan kerja sekadar melepaskan batuk ditangga maka hasil usaha kita hanyalah sekadar itu.

* Rasulullah juga telah berpesan agar setiap muslimin menjalankan tugas dengan ikhlas dan jujur terhadap perintah agama dari Allah dan perintah pemimpin kita. Firman Allah

“taatlah kamu kepada Allah dan Rasul dan pemimpin diantara kamu”.

Oleh sebab itu wajib kita taat akan ketua/pemimpin kita selagi mana beliau tidak menyuruh kepada kemungkaran.

* Pointnya, kita hendaklah jujur, ihklas, bertanggungjawab dan bersungguh-sungguh semasa menjalankan tugas-tugas yang diberikan. Semoga kita sama-sama mendapat manfaat dari apa yang telah disampaikan.


Unit BAKA IPD Bera

Thursday, May 7, 2009

Emak,Ibu,Mummy,Ummi,Mama,Mak,Ma........

Kakak ipar yang jauh di Kuching
My big family:Keluarga Ayah(bapa mertua):Mohd Alias b.Jaffar + Keluarga Bat (bapaku) Syed Alwi (hanya kenangan arwah abg :Syed Asiff (baju melayu coklat sebelah kanan)

Isteri ana yg tercinta yg bakal melahirkan ank pertama kami pada 15/6/09: Selamat ku ucapkan & terima kasih


Syed Alwi & Syarifah Kamariah (org yg bertanggungjawab melahirkan ana kt dunia ni...)



Pagi tadi....masa ana tgah bc emel dr member2 ana terbaca 1 emel dr hamba Allah....terdetik utk ana kongsikan bersama semua yang membaca atau terbaca blog ini...semoga kiter sentiasa ingatkan ibu kita....



Kepada ibu2 di luar sana terutamanya ibu ana Syarifah Kamariah dan ummi ana (mak mertua) Patitah bt Mahmood,bakal ibu kepada ank2 ana (Isteri ana)Siti Norihan Bt Mohd Alias,ukhti ana Sharifah Anees, ipar duai ana Siti Norina & Aziela yang telah menjadi ibu....ana ucapkan



"SELAMAT HARI IBU"


tanpa kalian semua x akan ada ana, isteri ana dan juga kalian semua yang bernama " ANAK" di muka bumi ini.


HAYATI TULISAN INI DAN SELAMI SEIKHLASNYA, INSYA ALLAH AIRMATA IMAN DAN TAQWA AKAN BERCUCURAN TANPA KAMU SEDARI. DIA LAH PROFESOR KU IBU KU

Orang kata aku lahir dari perut mak.. (bukan org kata...memang betul)

Bila dahaga, yang susukan aku....mak
Bila lapar, yang suapkan aku....mak

Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. ..mak
Kata mak, perkataan pertama yang aku sebut....Mak

Bila bangun tidur, aku cari....mak

Bila nangis, orang pertama yang datang ....mak

Bila nak bermanja, aku dekati....mak

Bila nak bergesel, aku duduk sebelah....mak

Bila sedih, yang boleh memujukku hanya....mak
Bila nakal, yang memarahi aku....mak

Bila merajuk, yang memujukku cuma....mak

Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah....mak

Bila takut, yang tenangkan aku....mak

Bila nak peluk, yang aku suka peluk....mak

Aku selalu teringatkan ....mak

Bila sedih, aku mesti talipon....mak

Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu.....mak

Bila bengang.. aku suka luah pada..mak

Bila takut, aku selalu panggil... "mmaaakkkk! "

Bila sakit, orang paling risau adalah....mak

Bila nak exam, orang paling sibuk juga....mak

Bila buat hal, yang marah aku dulu....mak

Bila ada masalah, yang paling risau.... mak

Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. mak

Yang selalu masak makanan kegemaranku....mak

kalau balik ke kampung, yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk.....mak

Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku....mak

Yang selalu berleter kat aku...mak

Yang selalu puji aku....mak

Yang selalu nasihat aku....mak

Bila nak kahwin..Orang pertama aku tunjuk dan rujuk.....mak

Aku ada pasangan hidup sendiri....

Bila seronok, aku cari....pasanganku

Bila sedih, aku cari....mak

Bila berjaya, aku ceritakan pada....pasanganku

Bila gagal, aku ceritakan pada....mak

Bila bahagia, aku peluk erat....pasanganku

Bila berduka, aku peluk erat....emakku

Bila nak bercuti, aku bawa....pasanganku

Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah....mak

Bila sambut valentine.. Aku bagi hadiah pada pasanganku

Bila sambut hari ibu...aku cuma dapat ucapkan “Selamat Hari Ibu”
Selalu.. aku ingat pasanganku Selalu.. mak ingat kat aku

Bila-bila... aku akan talipon pasanganku

Entah bila... aku nak talipon mak

Selalu...aku belikan hadiah untuk pasanganku

Entah bila... aku nak belikan hadiah untuk emak

Renungkan:
"Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja... bolehkah kau kirim wang untuk mak?.........
"mak bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah".

Berderai air mata jika kita mendengarnya........

Tapi kalau mak sudah tiada.......... MAKKKKK...RINDU MAK.... RINDU SANGAT....


Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya....

berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya.....


berapa ramai yang sanggup mengantikan lampin ibunya.....

berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya.......

berapa ramai yang sanggup membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya....

berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya.....

dan
akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya......


Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu.


Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya.Kos upah membantu ibu:

1) Tolong pergi kedai : RM4.00
2) Tolong jaga adik : RM4..00
3) Tolong buang sampah : RM1.00
4) Tolong kemas bilik : RM2.00
5) Tolong siram bunga : RM3.00
6) Tolong sapu sampah : RM3.00
Jumlah : RM17.00

Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar si mindanya.


Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama.
1) Kos mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA

2) Kos berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA

3) Kos air mata yang menitis keranamu - PERCUMA

4) Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA

5) Kos menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu -PERCUMA

Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMA

Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh siibu.
Si anak menatap wajah ibu,memeluknya dan berkata,
"Saya Sayangkan Ibu". Kemudian si anak mengambil pen dan menulis

"Telah Dibayar" pada mukasurat yang sama ditulisnya.

"Jika kamu menyayangi ibumu, "forward"kanlah Email ini kepada sahabat- sahabat anda.

1 orang : Kamu tidak sayangkan ibumu
2-4 orang : Kamu sayang ibumu
5-9 orang : Bagus! Sayang jugak kamu kepada Ibumu
10/lebih : Syabas!Kamu akan disayangi Ibumu

Saturday, January 10, 2009

Selawat & Selawat.

Selawat Dan Selawat.

Setiap hari kita digalakkan oleh agama untuk berselawat keatas junjungan besar Nabi Muhammad SAW. Namun apakah kita mengerti mengapakah kita digalakkan berbuat demikian. Dan adakah kita mengetahui tujuan dan faedah selawat ini?

Maksud selawat:
Selawat bermaksud kita berdoa memohon agar Allah melimpahkan rahmat, kemuliaan, dan mengangkat darjat baginda SAW.

Apakah tujuan kita berselawat:
Untuk mematuhi perintah Allah supaya umat Islam berselawat keatas baginda. Firman Allah yang bermaksud :”Sesungguhnya Allah berselawat keatas Rasulullah, wahai orang-orang yang beriman selawatlah kamu keatasnya”.

Kita sedia maklum bahawa kelahiran Rasulullah merupakan rahmat bagi sekelian alam termasuk jugalah manusia, tumbuh-tumbuhan, haiwan dan sebagainya. Oleh itu sewajarnya kita berselawat tanda kita menghargai rahmat yang Allah telah berikan kepada kita iaitu Rasulullah itu sendiri. Firman Allah:”Tidak kami ciptakan kamu wahai Muhammad kecuali rahmat bagi sekelian alam”.


Sebagai mengenang budi dan jasa Nabi Muhammad yang telah banyak berkorban untuk umat Islam dan manusia seluruhnya. Pengorbanan baginda dan sahabat yang berjuang demi agama Islam, keadilan, berdakwah dan lain-lain. Orang yang mengenang budi adalah ciri-ciri orang beriman.

Sabda Rasulullah yang bermaksud:”Hidupku adalah kebaikan kepada kamu, dan wafatku juga adalah kebaikan kepada kamu kerana segala amal kamu akan dibentangkan kepadaku. Segala amalmu yang aku dapati baik aku ucapkan Alhamdulillah. Dan segala amal jahatmu akan aku pohonkan keampunan kepada Allah”. Ini menunjukkan betapa baginda kasihkan umatnya. Sewajarnya kita membalas budi dengan berselawat.

Setelah kita baca, adakah kita masih tidak mahu berselawat kepada baginda? Apabila kita mendengar seseorang berselawat maka kita diwajibkan menyahut selawat tersebut. Sabda baginda lagi :”Orang yang paling kedekut adalah orang yang tidak berselawat keatasku apabila mendengar orang lain berselawat”. Jika kita berselawat dengan sekali selawat, maka Allah akan berselawat kepada kita dengan sepuluh kali selawat. Itulah kemurahan Allah SWT.

Kebanyakan imam seperti imam Hambali, Syafie, Hanafi dan Maliki berpendapat bahawa jika seseorang itu meninggalkan selawat ia telah melakukan dosa besar kerana banyak hadis yang menjelaskan tentang amaran meninggalkan selawat. Penulis berpendapat sekurang-kurangnya kita berselawat sepuluh kali sehari. Lagi banyak lagi baik. Maka dapatlah disimpulkan bahawa berselawat itu hukumnya adalah wajib.





Faedah berselawat:
Berganda-ganda rahmat yang Allah akan limpahkan kepada kita. Kita sedia maklum bahawa, yang lebih utama dalam hidup ini adalah rahmat Allah. Rahmat Allah mengatasi pahala kebajikan kita.

Orang yang banyak berselawat akan berada dekat dengan Rasulullah di hari akhirat kelak dan baginda akan memberikan syafaat baginda kepada kita.


Orang yang banyak berselawat maka malaikat akan turut berselawat kepadanya selagi ia terus berselawat.

Allah memberi jaminan barangsiapa yang banyak berselawat maka dia akan terpelihara dan selamat dari kesusahan dunia dan akhirat.


Hati dan jiwa manusia akan tenang apabila berselawat dengan ikhlas setulus hati.

Ilmu tidak berguna jika tidak diamal. Maka amal baik tidak berguna jika tidak dapat membuat kita beriman kepada Allah swt.

BERILMU, BERAMAL, BERIMAN
09/01/09

Monday, January 5, 2009

Raikan Hijrah.....

Hijrah 1430..

Hijrah adalah bermaksud perpindahan, perjuangan atau perubahan dari satu keadaan kepada satu keadaan yang berbeza. Dalam konteks sejarah Rasulullah, baginda berhijrah berpandukan wahyu dari Allah SWT. Penghijrahan baginda dari Mekah ke Madinah adalah satu titik permulaan kepada perubahan besar tamadun manusia dan alam sejagat.

Kesan daripada penghijrahan baginda dan pengikutnya, umat Islam bertambah kuat dan penguasaan empayar Islam juga bertambah luas. Islam mula bertapak dari satu negara ke satu benua. Akhirnya sampai ke benua Asia dan bumi Malaysia.

Dalam konteks Hijrah moden, kita juga boleh menyebutnya sebagai 'anjakan paradigma'. Sebenarnya ia bukanlah hijrah di alaf baru tetapi ia adalah satu bentuk pemikiran sesuai dengan zaman. Malah Islam itu bersifat syumul. Bererti ia sesuai dianuti mengikut keadaan zaman dan tempat. Perubahan tersebut mestilah perubahan yang baik dan mengikut lunas-lunas syarak.

Perlu kita ingat dan sedari bahawa walaupun dinamakan anjakan paradigma, namun ia bukan bermaksud kita bebas melakukan apa sahaja mengikut hati dan perasaan seperti pergaulan bebas dan maksiat. Ia juga bukan bermaksud kita bebas melakukan apa saja perkara-perkara yang bertentangan dengan nilai-nilai moral masyarakat seperti penganiyaan, merampas hak orang lain dan sebagainya. Ini semua adalah bertentangan dengan konsep hijrah Rasulullah dan anjakan paradigma.

Lihat saja apabila tiba tahun baru. Pelbagai masalah sosial berlaku. Gejala seks dilakukan di tempat awam, masalah khalwat antara remaja, anak-anak pulang lewat, malah ada yang tidak pulang langsung ke rumah. Ramai ibubapa yang tidak mengambil peduli pasal aktiviti anak-anak. Akhirnya masalah sosial seperti ini semakin membimbangkan.

Ramai orang apabila tiba awal tahun baharu membuat bermacam-macam azam. Ada yang berazam ingin berjaya, ingin jadi kaya, ingin berumahtangga, ingin jelaskan semua hutang dan lain-lain. Tetapi amat jarang sekali kita dengar orang berazam hendak tingkatkan iman, amalan soleh, hendak mengejar amal akhirat. Mengapa ya??

Adakah kerana ia soal peribadi yang tidak boleh diberitahu orang lain? Ataupun kita memang takut untuk membicarakannya. Takut untuk bercakap soal akhirat. Mengapa ya??
Sabda Rasulullah yang bermaksud : “sebaik-baik azam adalah berazam untuk tingkatkan taqwa kepada Allah”. Tepuklah dada kita dan tanyalah iman kita sendiri.

Sedarkah kita bahawa semakin lama kita hidup umur kita semakin pendek. Lihatlah tahun 2008 berapa ramaikah yang telah dijemput oleh Allah dengan sebab bencana alam, kemalangan mahupun penyakit. Sedarlah kita bahawa hidup cuma sekejap sahaja. Tempat kita menanam dengan segala macam amalan dan kita akan menuainya di akhirat nanti.

Sempena tahun baru masihi dan hijrah yang baru bermula ini, tanamkan azam kita untuk tingkatkan iman dan taqwa kita kepada Allah. Dengan itu maka kita dan keluarga kita akan selamat didunia dan akhirat. Firman Allah :”peliharalah diri kamu dan para pengikutmu (keluarga) dari api nekara”.

Wallahu a`lam...

Tuesday, December 23, 2008

Assalamualaikum wbt. salam hai untuk semua para-para pembaca. salam hai untuk semua pari-pari yang membaca.. selamat bekerja untuk semua pekerja samaada bos atau staff. Lama tak naip kat blok ni.. Rasa macam otak dah berkarat. otak ni jika tidak digunakan selalu maka ia akan berkarat. Nka tajamkan minda? Selalulah berfikir, membaca buku, menghafal Al-Quran.

Perjalanan yang jauh memang memenatkan. lebih2 kalau drive. tapi perjalanan yang paling penat, jauh, seksa di akhirat kelak.. setiap kita datang kepada Tuhan mengikut amalan kita masing2. kalau baik amalan kita, makanya baiklah perjalanan kita. kalau buruk amalan kita makanya buruklah perjalanan kita. sabda nabi :"sebaik-baik manusia adalah panjang umurnya dan baik amalannya. dan seburuk-buruk manusia adalah panjang umurnya dan buruk amalannya".

Kenali diri kita sejauh mana tahap dosa pahala kita. adakah berat dosa ataupun pahala. jikalau kita rasa kita banyak pahala, bagaimana pula hubungan kita dengan ibubapa kita. mertua kita. ‘hablum minallah, hablum minannas’. hubungan kita dengan Allah, dan hubungan kita dengan manusia. termasuk ibupada, kaum keluarga, kawan2..

Apa yang dimaksudkan hubungan dengan Allah? ianya berkait dengan rukun islam yang 5, seperti solat, puasa, zakat, syahadah dan haji kita. dan ia juga berkait dengan rukun Iman yang 6 seperti percaya kepada Allah, malaikat, kitab, rasul, hari kiamat,qada’ dan qadar.. setiap point itu boleh dihujjahkan lagi bagaimana hubungan kita dengan Tuhan.. Pendek kata ibadat kita kepada Tuhanlah.

Hubungan kita dengan manusia pula, berkaitan dengan silatulrahim sesama manusia. bukan sekadar itu sahaja, kita mencuri, rasuah, makan harta anak yatim, bunuh dan bermacam-macam jenayah pun boleh dirangkulkan dalam bab ini. semua itu berkaitan dengan manusia kan. makan harta anak yatim tu sangat besar dosa tau. dahlah haram pastu korang bagi kat anak bini pulak. lagi haram.. Pendek kata semua urusan kita dengan manusia.

Ish..ish..ish.. apeke jadahnya korang ni.. berdoalah agar kita tidak terjerumus ke dalam kedosaan ini. selamatkan anak bini kita dari dosa2. selamatkan dari duniawi yang banyak dosa ini. dunia dah makin tua. bila2 masa tempat kita boleh di landa bencana macam indonesia,china dan myammar tu. puluhan ribu mati dalam sekelip mata je. mudahnya nak mati.

Doa-doalah untuk keselamatan bumi malaysia ini. agar kita dapat hidup lama (macam sabda nabi diatas) dan bersyukur menikmati nikmat Tuhan. untuk kita tambahkan amalan kita, dan mencuci dosa-dosa kita. dunia tempat kita menyemai amal kebajikan. dan hasilnya kita tuai di akhirat kelak.

"Bersihkan dirimu dengan taubat, sebelum Allah membersihkan dirimu dengan azab"